Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Aktres jelita Anna Jobling lebih menghargai cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas.

Bagi pelakon drama bersiri Melur Untuk Firdaus itu, segala harta boleh dicapai melalui usaha sendiri, jadi perhiasan mewah atau kekayaan bukanlah penentu kebahagiaan.

“Love or gold? Saya pilih cinta. Saya percaya cinta yang tulen lebih bermakna daripada mana-mana barang mewah. Emas atau barang kemas boleh saya miliki melalui kerja keras sendiri,” kata Anna.

Anna juga menggalakkan orang terdekat supaya mula melabur dalam emas sebagai langkah kewangan yang konservatif tetapi menguntungkan untuk jangka panjang.

Bintang Hai Cinta Dengarkanlah ini menasihati agar pelaburan boleh dimulakan secara sederhana mengikut kemampuan.

“Saya selalu nasihatkan keluarga dan kawan-kawan untuk bermula kecil dengan gram emas. Ia pelaburan stabil; bila turun pun sementara. Lama-kelamaan ia pasti memberi pulangan,” tambahnya.

Mengimbau minat terhadap emas sejak zaman kanak-kanak, Anna berkongsi bahawa dia sering menghadiahkan perhiasan kepada diri sendiri sebagai bentuk penghargaan peribadi.

Koleksi peribadinya turut dipenuhi reka bentuk yang elegan dan minimalis, yang membuatkan jenama tertentu menjadi pilihan utama.

“Saya memang minat emas sejak kecil. Hadiah diri dengan perhiasan itu cara saya meraikan pencapaian. Rekaannya ada yang elegan dan kemas, sesuai dengan gaya saya,” jelasnya.

Anna ditemui di majlis pelancaran kempen Koleksi Raya 2026 jenama perhiasan terkemuka Tomei baru-baru ini.

Tema kempen kali ini, Pulang, The Joy I Carry Home, mengetengahkan makna pulang sebagai kembalinya rasa, kenangan dan hubungan dengan diri sendiri.

Dalam kempen itu, Anna sebagai wajah kempen mempamerkan empat gaya berbeza yang melambangkan suasana Aidilfitri dari pagi yang tenang hingga ke malam yang penuh cahaya, digayakan bersama koleksi Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.

Kempen itu turut menonjolkan sisi seorang wanita yang bersiap bukan semata-mata untuk tontonan orang lain, tetapi sebagai satu ritual peribadi.

Dari memilih busana kegemaran, menyarungkan aksesori warisan hingga menyusun memori ke dalam beg, setiap kilauan emas dan berlian menceritakan detik berharga yang menyertai perjalanan pulang ke kampung halaman.

Scroll to Top