Dicekup ketika cuba ragut rantai leher – Utusan Digital

Dicekup ketika cuba ragut rantai leher – Utusan Digital

PETALING JAYA: Gara-gara meragut rantai leher peniaga durian, seorang lelaki ditahan dalam kejadian di Sri Petaling, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun  didatangi suspek berusia 21 tahun yang menunggang motosikal Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek kemudian meragut rantai leher mangsa sebelum dia bertindak mengejarnya dibantu polis yang bertugas di situ.

Dicekup ketika cuba ragut rantai leher – Utusan Digital

“Suspek yang hilang kawalan kemudian terbabas sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan mendapati suspek menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran palsu YANG mana motosikal ini pernah direkodkan hilang di daerah Selayang tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anuar, susulan penahanan itu, sebuan motosikal, topi keledar dan rantai emas bernilai RM3,000 dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Scroll to Top