Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Penyanyi, Marsha Milan menafikan dirinya kini sedang hamil.

Marsha atau nama penuhnya, Marsha Milan Londoh menjelaskan perkara demikian menerusi satu perkongsian dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya.

“Saya tak mengandung. Saya makan banyak saja,” katanya ringkas.

Dakwaan selebriti berusia 40 tahun itu hamil menjadi bualan hangat dalam kalangan peminatnya selepas Marsha melakukan persembahan dalam sebuah program, baru-baru ini.

Rupa fizikalnya yang seakan memperlihatkan ‘baby bump’ menjadi tumpuan ramai sekali gus dibanjiri dengan ucapan tahniah di ruangan komen.

Sebelum ini, Marsha mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran pihak hospital yang mahu menajanya untuk melakukan kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

Jelas Marsha, keputusan tersebut dilakukan kerana dia masih belum bersedia dari sudut mental.

Sekadar info, Marsha dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail berkahwin pada 2015.

Scroll to Top