Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Kemunculan pelakon Siti Saleha pada acara Malaysia International Film Festival (MIFFest) baru-baru ini mencetuskan spekulasi apabila penampilannya yang menjadi topik perbualan hangat selepas didakwa kelihatan seakan-akan ‘baby bump’.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Saleha, 35, berkata dia belum bersedia untuk mengumumkan apa-apa berita buat masa ini.

“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin ada berita gembira tidak lama lagi.

“Tapi buat masa sekarang saya belum bersedia untuk berkongsi,” katanya kepada XTRA.

Saleha berkongsi Mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran siri ‘Bad Cop’ yang berlangsung di Damansara, pada Rabu.

Dalam masa sama, Saleha turut memberi bayangan  dia akan berehat panjang selepas tamat penggambaran projek terbaharunya itu.

“Saya akan bercuti panjang selepas ini, dan ini merupakan projek terakhir sebelum berehat.

“Mungkin beberapa bulan atau mungkin juga bertahun,” jelasnya.

Untuk makluman, Saleha mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu, selepas tiga tahun bercerai.

Sebelum itu, Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan itu berakhir selepas empat tahun.

Scroll to Top