Didakwa Berhutang Bekas Adik Ipar Lebih RM200,000, Aida Aris Pilih Berdiam Diri.. Ingat Pesan Arwah Mak

Pelakon, Aida Aris memilih untuk berdiam diri susulan dakwaan berhutang melebihi RM200,000 kerana berpegang kepada pesanan allahyarham ibunya, Siti Khadijah Abu Sujak untuk bersabar dalam setiap ujian yang dilaluinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aida berkata dia tidak tampil memberi sebarang respons dan mengunci mulut bukan kerana takut.

“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan ‘biarlah orang buat kita.. sabar’. Patut ke aku tampil?,” katanya menerusi status di Instagram Story (IGs) miliknya pada Sabtu.

Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Ziela Rashid mendedahkan identiti pelakon wanita yang berhutang dengannya adalah bekas kakak iparnya, pelakon Aida Aris.

Menerusi video dimuat naik di TikTok miliknya, Ziela mendakwa Aida berhutang mencecah lebih RM200,000 yang difahamkan belum dibayar selama empat tahun.

Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Popular Didakwa Enggan Bayar Hutang Akhirnya Tampil Beri Respons – “Saya Tak Nak Aibkan Sesiapa”

Artikel Berkaitan: Teka Teki Terjawab, Bekas Adik Ipar Minta Aida Aris Selesaikan Hutang Lebih RM200,000 Dengan Segera! – “Dah Empat Tahun Ni”

Scroll to Top