Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil bersuara selepas dirinya terpalit dakwaan ‘memfitnah’ pasangan pengantin popular, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi perkonsian di Threads, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, menganggap tindakan individu yang memfitnah dirinya sebagai berlebihan.
“Bila yang saya fitnah pengantin? Apa yang lebih-lebih sangat dia orang ni?
“Saya cuma ulas sedikit sahaja pasal ‘cinta sejati’ tu. Itu sahaja.
“Kenapa timbul kata saya fitnah pula? Ya Allah. Berlebih-lebih je kau orang ni,” katanya.
Dalam pada itu, Abby sempat memberikan tangkap layar berupa bukti komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Ni sedap je mengumpat-mengumpat. Apalah yang berlebih sangat kau orang ni,” tambahnya.


Terdahulu, kenyataan Abby mengenai maksud ‘cinta sejati’ yang ditinggalkan di ruangan komen platform sama telah salah erti sekali gus menuai pelbagai respons negatif dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:“Minat Pada Sesiapa Pun, Jangan Berlebihan” – Teruk Dicaci, Abby Abadi Kesal Kenyataan Disalah Tafsir
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Masih Trauma Isu Nafkah, Nasihat Danish Hakim Fikir Panjang Sebelum Kahwin
ARTIKEL BERKAITAN:Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Pertahan Tindakan Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami Demi Nafkah Anak – “Kalau Abaikan Kau Memang Gagal!”




