Didakwa ‘Makan’ Duit Pelanggan Dan Beri Tiket Palsu, Kim Seri Akhirnya Beri Respon | Oh! Media

Didakwa ‘Makan’ Duit Pelanggan Dan Beri Tiket Palsu, Kim Seri Akhirnya Beri Respon | Oh! Media

Nama pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea, Kim Seri, sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial selepas didakwa menipu pelancong yang menggunakan khidmatnya untuk bercuti di Korea Selatan.

Salah seorang mangsa di TikTok mendakwa terkandas di lapangan terbang di Korea selepas menyedari tiket penerbangan pulang yang diberikan Kim Seri adalah palsu.

Kim Seri didakwa tipu tiket flight

Di laman Threads pula, seorang individu memuat naik senarai nama-nama mangsa yang dipercayai telah ditipu oleh Kim Seri.

kim seri

Lebih mengejutkan, senarai tersebut mendakwa Kim Seri berhutang dengan 28 individu dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah lebih RM350,000!

Setakat ini, tiada sebarang penjelasan lanjut diberikan pempengaruh berkenaan mengenai dakwaan yang tular.

Kim Seri akan uruskan ‘refund’

Namun, beliau ada memberitahu akan menguruskan ‘refund’ bagi trip ke Korea yang dibatalkan sebelum jam 4 petang hari ini.

kim seri

Katanya lagi, dia akan memberi beberapa maklumat termasuk nombor WhatsApp baru untuk dihubungi berkenaan bayaran balik yang akan dilakukan dari masa ke masa.

kim seri

Sebelum itu, pempengaruh kontroversi ini ada berkongsi petikan mengenai takdir hidup yang diyakini adalah sesuatu yang terbaik buatnya.

#OhmediaNasihat

Dalam berbisnes, kepercayaan pelanggan adalah sangat penting untuk memastikan perniagaan terus maju. Apatah lagi apabila ianya melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga orang lain. Diharapkan Kim Seri dapat menyelesaikan masalah yang dikaitkan dengannya dengan baik.


Scroll to Top