Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB).
Menerusi Bernama, kenderaan yang membawa Neelofa dan Haris telah tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi.
Walau bagaimanapun, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama