Pelakon dan penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur dan bahagia apabil melihat kakaknya iaitu Bella Astillah kini dihargai.
Menerusi satu podcast, Didi berkongsikan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq sering memberi tumpuan serta pendengar yang baik setiap kali Bella berkongsi cerita.
BACA: “Takkanlah Friendzone Sampai Pergi Teman Di Mahkamah..” – Didi Astillah
Tidak dapat menahan sebak, Didi berkata dia gembira apabila ada individu yang menghargai kakaknya selepas apa yang dilalui oleh Bella sebelum ini.
“Saya suka bila Kak Long tengah bercerita, Abang Saddiq akan selalu beri tumpuan dan jadi pendengar yang baik. Dah beberapa tahun sepanjang hidup saya dan bila terjadi depan mata saya, ada orang dengarkan luahan Kak Long secara ikhlas. Layankan saja,” katanya.
Sementara itu, Didi turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq serta dia percaya bahawa apa yang berlaku semuanya dah diatur cantik oleh Tuhan.