Diesel 100,000 Liter Disita Di Thailand, Syarikat Logistik Malaysia Disyaki Terlibat Penyeludupan

Diesel 100,000 Liter Disita Di Thailand, Syarikat Logistik Malaysia Disyaki Terlibat Penyeludupan

Oh! Tidak

Diesel 100,000 liter disita di Thailand, syarikat logistik Malaysia disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan bahan api.


Kegiatan penyeludupan bahan api sekali lagi mencuri perhatian apabila pihak berkuasa Thailand berjaya membongkar satu operasi besar melibatkan syarikat logistik dari Malaysia.

Lebih mengejutkan, jumlah diesel yang dirampas bukan sedikit, malah mencecah 100,000 liter yang disimpan secara tersembunyi di dalam tangki bawah tanah.

Operasi hasil aduan orang awam

Diesel

Menurut laporan Bernama, operasi tersebut dijalankan di Sadao, Songkhla pada Sabtu hasil maklumat daripada orang ramai.

Risikan yang dilakukan membawa kepada serbuan oleh gabungan pihak polis, tentera dan juga pihak berkuasa tempatan.

Gabenor Wilayah Songkhla, Rattasart Chotchu berkata, bahan api itu ditemui disorokkan dalam tangki bawah tanah milik syarikat berkenaan.

Siasatan mendapati syarikat berkenaan, yang dimiliki oleh warga Malaysia, menyembunyikan sebanyak 100,000 liter diesel tanpa lesen yang sah.

Disyaki diseludup dari Malaysia

Songkhla

Siasatan awal turut mendapati diesel tersebut dipercayai diperoleh dari Malaysia sebelum diseludup masuk ke Thailand secara haram.

Seorang pekerja warga Thai telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala kes ini kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bahan Api 1999 kerana memiliki dan menyembunyikan bahan api tanpa kebenaran.

Kesemua diesel yang dirampas telah disita oleh Polis Wilayah 9 untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Isu penyeludupan bahan api bukan perkara baru, tapi jumlah sebesar ini memang membimbangkan. Ia bukan saja melibatkan kerugian ekonomi, malah boleh memberi kesan kepada keselamatan dan integriti sempadan negara. Diharapkan pihak berkuasa terus memperketat kawalan supaya kegiatan seperti ini dapat dibendung sepenuhnya.

Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top