Difitnah adalah salah satu rezeki, ujian yang akan memberikan kekuatan- Fizo Omar

Sejak semalam, kecoh di media sosial usahawan Mawar Karim seakan memberi bayangan mengenai kehidupannya sebelum ini yang banyak menanggung keluarga sewaktu berstatus isteri pada suatu ketika dahulu.

Meskipun hantarannya itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ia seakan-akan memberi bayangan individu tersebut pernah memiliki cintanya.

Pun begitu, baru-baru ini pelakon Fizo Omar pula menjadi perhatian ramai apabila dia menegaskan difitnah juga merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri memandangkan ia akan memberi ujian bagi menguatkan diri sendiri.

“Rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu juga, Fizo turut meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan berharap ketenangan diberikan kepada orang ramai.

“Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua,” katanya lagi.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan buat Fizo Omar akan sentiasa berfikiran positif dengan keadaan yang sedang berlaku dan elakkan daripada terus melayan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar Fizo dan keluarga sentiasa diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi dugaan dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

Sumber: Instagram @fizoomar

Leave a Comment