Difitnah Curang, Fattah Amin Saman Influencer RM5 Juta

Difitnah Curang, Fattah Amin Saman Influencer RM5 Juta

Oh! Artis

Mahkamah arah pasangan turunkan hantaran fitnah terhadap Fattah Amin.


Drama rumah tangga selebriti terkenal Fattah Amin kembali jadi bualan apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan sepasang suami isteri menurunkan semua hantaran di media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya. Kes ini berkait dakwaan punca perceraiannya dengan Fazura.

BACA: Wanita Didakwa Punca Cerai Fazura-Fattah Ganggu Suami ‘Influencer’ Pula, Siap Ajak Masuk Bilik?

Pasangan terbabit ialah pempengaruh media sosial, Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, 29, yang didakwa menuduh Fattah berlaku curang dengan wanita lain sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga bersama Fazura.

Injunksi sementara dibenarkan mahkamah

Fattah Amin

Peguam Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah memaklumkan bahawa Hakim Datuk Anand Ponnudurai membenarkan permohonan injunksi ad-interim untuk menghalang kedua-dua defendan daripada menerbitkan sebarang kenyataan berhubung Fattah.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan plaintif (Fattah) terhadap kedua-dua defendan. Mahkamah membenarkan permohonan ex-parte dan memberikan perintah injunksi ad-interim untuk defendan menurunkan semua hantaran di media sosial.

Mahkamah juga menegaskan defendan atau wakil mereka tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Fattah, khususnya dakwaan curang.

Dakwaan fitnah dan tuntutan RM5 juta

Influencer

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, Fattah mendakwa kenyataan fitnah itu telah disebarkan secara meluas di media sosial, malah turut dipetik portal hiburan hingga mencetuskan reaksi negatif orang ramai terhadap dirinya.

Defendan-defendan secara bersama menerbitkan kenyataan fitnah tanpa mendapatkan pengesahan daripada saya. Mereka berbuat demikian dengan tujuan utama untuk mencemar nama baik, menjatuhkan reputasi, memalukan saya di mata masyarakat umum serta dalam bidang profesional saya. Akibat daripada tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum (public humiliation) selain ia telah mencemarkan nama baik saya.

Sehubungan itu, Fattah menuntut kedua-dua defendan membuat permohonan maaf secara bertulis di akaun Threads dan media sosial lain yang mereka kuasai, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM5 juta.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top