Difitnah Curang, Fattah Amin Saman Influencer RM5 Juta

Difitnah Curang, Fattah Amin Saman Influencer RM5 Juta

Pelakon Fattah Amin memfailkan saman RM5 juta terhadap pempengaruh media sosial dan suami susulan kenyataan didakwa berunsur fitnah berkenaan penceraainnya dengan bekas isteri, Nur Fazura.

Memetik Sinar Harian, dalam tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, Nuraien Adilla Hasha Akhbar, selaku defendan pertama dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri didakwa menerbitkan kenyataan berbaur fitnah di Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos lalu.

BACA: Ada Yang Tak Puas Hati Fattah Amin Bawa Fatima Bercuti Di Hong Kong Saja

Kenyataan tersebut mengundang reaksi negatif masyarakat kerana membawa maksud, antaranya Fattah telah curang dengan bekas isterinya sehingga membawa kepada perceraian.

“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya,” katanya.

Sementara itu, Fattah selaku plaintif memohon kedua-dua defendan membuat kenyataan maaf tidak bersyarat secara bertulis di akaun media sosial.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan dua defendan terbabit menurunkan semua hantaran yang menuduh pelakon itu curang. Dalam prosiding hari ini, Fattah tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top