Pempengaruh, Chazynash lapor terus ke Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Bin Abdul Halim apabila mendakwa dirinya difitnah susulan penceraian dengan bekas isteri awal tahun ini.
Chazynash lapor terus ke KP Perlis selepas difitnah
Menerusi hantaran di Instagram, Chazynash atau nama sebenarnya, Syed Fernarsh Syed Badlishah menyatakan ada akaun palsu yang menyebarkan berita tidak benar berkaitan dirinya sehingga mencemarkan nama baik.
Instagram will load in the frontend.
Chazynash lapor terus ke KP Polis, harap dapat ‘trace’ akaun palsu
Ujar pempengaruh itu lagi, akaun tersebut dilihat sudah hilang dari radar sejak semalam walaupun sebelum ini aktif menyebarkkan kebencian.
“Semoga dapat kenalpasti orang disebalik akaun palsu ‘mcoltallstar’ yang mencetuskan penyebaran berita tidak benar dan kebencian secara terbuka.
“Sejak semalam akaun palsu ni dah hilang dari radar,” tulisnya.
Minta netizen tak campur hal rumah tangga orang lain
Dalam pada itu, Chazynash juga memberi peringatan kepada supaya tidak sesuka hati masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain sehingga tergamak meninggalkan komen tidak sopan.
“Kepada netizen-netizen diluar sana, kalau tak tahu hal sebenar, saya mohon jangan masuk campur atau melontarkan komen-komen tidak sopan lagi.
“Jagalah rumahtangga masing2 dan hentikan budaya buli siber,” ujarnya.
Artikel lain: Chazynash nafi curang, mula rapat dengan orang baru sejak Mei
Terdahulu, Chazynash telah menafikan dakwaan dirinya berlaku curang sehingga menyebabkan perkahwinannya dan bekas Fatin Morat tidak dapat diselamatkan.
Jelasnya, tuduhan yang berlegar-legar di media sosial sama sekali tidak benar dan dia baru sahaja rapat dengan wanita lain pada bulan Mei, iaitu selepas beberapa bulan sah berpisah.
Sumber: Instagram chazynash