Digugurkan dari pengerusi PN negeri, MB Perlis ucap tahniah kepada Shahidan Kassim

Digugurkan dari pengerusi PN negeri, MB Perlis ucap tahniah kepada Shahidan Kassim

Meskipun digugurkan dari Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, tetap tampil profesional dan berlapang dada apabila mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Digugurkan dari pengerusi

Yakin kemampuan Shahidan meski digugurkan dari pengerusi PN

Menerusi hantaran yang dikongsi di media sosial pagi ini, Shukri menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Shahidan untuk memperkukuh PN di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Semoga dengan pelantikan ini, YB Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini, sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak,” katanya.

Digugurkan dari pengerusi PN, digantikan oleh Shahidan Kassim

Pelantikan Shahidan diumumkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Azmin Ali, yang turut menyaksikan beberapa perubahan kepimpinan termasuk di Pahang apabila Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Artikel lain: Rombakan dalam PN! Saifuddin & Mohd Shukri digugurkan dari senarai pengerusi negeri

Untuk rekod, Shahidan merupakan bekas pemimpin dan menteri UMNO yang berperanan besar menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Perlis pada PRU15 lalu dan menjadikan pelantikannya kali ini sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh semula PN di utara tanah air.

Sumber: Facebook Mohd Shukri Ramli

Scroll to Top