Dijangka seiring unjuran awal 5.7%

Dijangka seiring unjuran awal 5.7%

Kuala Lumpur: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2025 dijangka menghampiri anggaran awal sebanyak 5.7 peratus, kata Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari e Malaysia University of Science and Technology (MUST).

Menurutnya, ia mungkin dalam julat antara 5.5 hingga 5.8 peratus

“Memandangkan petunjuk aktiviti suku keempat 2025 kekal kukuh sepanjang November dan Disember terutamanya dalam pembuatan, penggunaan domestik dan perkhidmatan, terdapat sebab yang terhad untuk menjangkakan semakan menurun ketara,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan kecil bahawa angka rasmi KDNK mungkin sedikit lebih tinggi daripada dijangkakan kerana perbelanjaan pengguna akhir tahun dan aktiviti perkhidmatan adalah lebih kukuh daripada diunjurkan.

“Terutamanya jika penggunaan swasta akhir tahun dan output perkhidmatan termasuk pelancongan serta perdagangan borong dan runcit, mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan kelihatan munasabah memandangkan perbelanjaan untuk percutian kukuh dan keadaan pasaran buruh yang lebih baik,” katanya.

Menurut Barjoyai, pertumbuhan suku keempat 2025 berkemungkinan besar akan melebihi 5.0 peratus dicatatkan pada suku sama pada 2024 dengan margin yang bermakna, disokong oleh permintaan domestik lebih kukuh, kitaran luaran lebih baik dan kesan asas menggalakkan.

Beliau berkata, tidak seperti suku keempat 2024 yang masih terjejas oleh pemulihan eksport tidak sekata, pertumbuhan pada Suku Keempat 2025 adalah lebih meluas dengan penggunaan swasta disokong oleh keadaan pasaran buruh lebih kukuh, mengurangkan inflasi dan sokongan pendapatan kerajaan disasarkan.

Mengulas mengenai anggaran awal 5.7 peratus yang lebih baik daripada jangkaan, Barjoyai berkata, ia menandakan daya tahan ekonomi asas, terutamanya ketika ekonomi melangkah ke tahun 2026, kata beliau.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top