Dikritik Banyak Sangat Berjalan, Ini Jawapan Pedas PMX | Oh! Media

Dikritik Banyak Sangat Berjalan, Ini Jawapan Pedas PMX | Oh! Media

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang mengkritiknya supaya ‘jangan berjalan banyak sangat’ sambil menegaskan bahawa mereka tidak memahami usaha keras yang dilakukannya dalam mencari pelaburan untuk negara.

Tanpa usaha berterusan dalam menarik pelaburan, negara akan menghadapi cabaran besar dalam menangani isu pengangguran, usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta memperkukuh keupayaan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

PMX kongsi jadual harian, padat dengan pertemuan

Kredit foto: Anwar Ibrahim

Menerusi laporan daripada Harian Metro, PMX menjelaskan bahawa Malaysia sebagai negara dagang sangat memerlukan aktiviti pelaburan yang pesat.

“Ada yang tegur, ‘kita jangan berjalan banyak sangat’. Dia tak tahu kita datang malam, tak sampai hotel terus ada dua pertemuan kemudian sambung lagi, duta tambah pre-council hingga tengah malam.

Kemudian pagi-pagi, 7 pagi sudah ada mesyuarat dua hala. Itu tugas kita sampai sekarang dan terus balik bekerja”-Katanya

Anwar juga menambah, beliau tidak sehari pun ambil peluang untuk bermain golf namun bekerja kuat katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN kedua anjuran Kementerian Luar Vietnam.


Scroll to Top