Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B tampil bersuara membidas kenyataan pempengaruh, Iqbal Zulkefli susulan isu mahu mengubah penampilan ibunya.
Menerusi video siaran langsung yang tular di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, tidak menyembunyikan rasa berang apabila Iqbal menyentuh hal berkaitan ibunya.
“Dia kata saya biadab, tapi dia tak rasa ke dia pun biadab? Dia yang mula dulu, bila kita balas dia pula yang marah.
“Siapa saja tak marah kalau bab mak diperkatakan. Kalau tentang saya, itu lain cerita.
“Saya tak boleh biarkan orang bercakap begitu tentang syurga saya,” katanya tegas.
Terdahulu, Iqbal mencetuskan perhatian apabila meluahkan hasrat mahu mengubah penampilan DSV agar dilihat lebih minimalis.
Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang rasa kurang senang Cik B yang menyifatkan Iqbal sekadar ‘attention seeker’ demi meraih perhatian ramai.




