Dilabel menteri gagal: Rafizi kini tertekan, akan lari tinggalkan PKR – Lum Yong

Dilabel menteri gagal: Rafizi kini tertekan, akan lari tinggalkan PKR – Lum Yong

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli kini sedang tertekan selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri paling gagal, kata pengasas parti itu, Ng Lum Yong.

Lum Yong berkata, selepas beliau tidak lagi berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak cerita tidak baik terhadap Perdana Menteri diperkatakan Rafizi hanya kerana beliau tidak lagi sokong Anwar.

“Tindakan ini tidak betul. Sebagai seorang ahli politik, Rafizi mesti ‘gentleman’.

“Rafizi tidak wajar mengkritik semuanya selepas tidak lagi menyokong Anwar,” katanya hari ini.

Lum Yong berkata, pihaknya dapat meramalkan tindakan seterusnya Rafizi Ramli yang akan cuba untuk mencipta naratif politik baharu selepas kegagalan beliau dalam PKR untuk menunaikan janji-janji manifesto PRU16.

“Beberapa inisiatif besar yang diperkenalkan termasuk Pangkalan Data Utama (PADU) serta projek mesin layan diri bernilai ratusan juta ringgit turut gagal menunjukkan impak yang positif dan konsisten.

“Rafizi akan tinggalkan PKR,” katanya.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa naratif yang melabelkan dirinya sebagai ‘menteri paling gagal’ merupakan satu gerakan terancang yang disusun oleh kumpulan berpengaruh tertentu untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Rafizi turut menamakan beberapa individu yang menurutnya digunakan untuk mengulangi serangan tersebut, termasuk Lum Yong; aktivis politik, Faizan Mohd Noor; serta bekas calon pilihan raya negeri Sarawak, Mahmud Epah. – UTUSAN

Scroll to Top