Dilabel Penyondol Suami Orang, Sarah Yasmine Tegur Sikap ‘Biadab’ Erma Fatima – “Tolong Jaga Adab, Saya Tahan 2 Tahun Nak Lawan Awak Balik”

Dilabel Penyondol Suami Orang, Sarah Yasmine Tegur Sikap ‘Biadab’ Erma Fatima – “Tolong Jaga Adab, Saya Tahan 2 Tahun Nak Lawan Awak Balik”

Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine kembali menyorot perhatian ramai apabila tampil bersuara selepas didakwa sebagai penyondol suami orang, sekali gus menegur kenyataan yang dibuat oleh pengarah terkenal, Erma Fatima baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video pendek yang dimuat naik Sarah, dia mengakui sudah lama memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu memanjangkan isu yang pernah timbul sebelum ini.

“Kepada Puan Erma Fatima, tak habis lagi ke nak borak tentang saya. Adakah saya represent negara saya atau anda sendiri ada isu dan sengaja mahu bercakap pasal saya.

“Dua tahun lalu bila mereka temu bual saya, saya tak pernah sekalipun petik nama awak atau membangkitkan semula isu tersebut sebab saya menghormati orang tua. Dan saya memilih untuk tidak kenakan awak balik,” katanya.

Bagaimanapun, Sarah mendakwa namanya kembali dipetik dramatis itu susulan konflik yang timbul baru-baru ini melibatkan usahawan Singapura dan adiknya, Betty Rahmad yang sama-sama terlibat dalam acara Celeb Fest baru-baru ini.

“Disebabkan awak ada isu dengan seorang lagi rakyat Singapura, itu tak bermakna boleh berikan awak tiket untuk melibatkan saya dalam ‘drama’ awak.

“Dan, memang awak pentingkan diri sebab setiap kali ada sahaja orang Malaysia dan Singapura bergaduh, awak akan selalu cakap ‘balik ke negara kau’. Awak pun datang Singapura untuk jual sambal awak kan? Awak tak ada kan nampak saya kecam awak sebab awak jual sambal dekat Singapura lepas awak dah suruh saya ‘balik’ ke negara saya. Tak ada kan?

“Sebab apa, saya seorang yang rasional. From my age, I am very-very matured. Kalau anda rasa your person is not biadab, you were biadab towards me. Sangat-sangat kurang ajar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sarah menegaskan dia mampu membersihkan namanya daripada tuduhan sebagai penyondol sekiranya mendedahkan keseluruhan cerita sebenar.

“Senang je, kalau anda ada isu dengan saya, silakan tak payah nak libatkan orang lain dalam drama awak. Sama macam awak bergaduh dengan orang Singapore yang lain. Don’t involve me in your drama, you deal with him. Saya serius tak tahu macam mana dengan awak ni, sentiasa ada isu dengan orang sini.

“Dan, anda sangatlah tidak menghormati saya jadi kenapa saya nak kena hormat awak. Asyik-asyik cakap pasal ‘penyondol’ itu, penyondol ini.

“Dua tahun lalu, your fellow Malaysian adalah orang yang tanya orang Singapore ni to help her out exposing  another Malaysian.

“Jadi kepada Puan Erma Fatima jangan nanti bila cerita sepenuhnya keluar awak pula yang kena minta maaf dengan saya. Sebab sampai sekarang, saya belum lagi bagitahu cerita sepenuhnya. Saya kalau bagi cerita sepenuhnya clear tau nama saya sebagai penyondol.  Jadi awak jangan uji kesabaran saya kalau tak, nanti awak cakap pula saya ni pergi Malaysia nak buat onar dekat sana.

“Jadi saya harap dalam bulan Ramadan ni, puan Erma Fatima akan belajar sikap adab. Jadi awak  tak ada benda nak complaint apatah lagi bila melibatkan orang Singapore,” ujarnya.

Scroll to Top