Dimarco nafi tidak hormat Bosnia

Dimarco nafi tidak hormat Bosnia

Coverciano: Pemain sayap Itali, Federico Dimarco menafikan dia dan rakan sepasukan bersikap tidak menghormati Bosnia dan Herzegovina selepas reaksi mereka meraikan kemenangan lawan itu tular.

Rakaman menunjukkan beberapa pemain Itali termasuk Dimarco dan Sandro Tonali bersorak ketika Bosnia menewaskan Wales menerusi penentuan penalti untuk mara ke final kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang rasa kurang senang bekas pemain Bosnia, Miralem Pjanic yang mempersoalkan reaksi skuad Itali.

“Itu reaksi spontan ketika kami menonton bersama rakan. Saya hormati semua pasukan dan tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa,” kata Dimarco.

Menurutnya, dia juga sudah menghubungi bekas rakan sepasukan di Inter Milan, Edin Dzeko bagi mengucapkan tahniah atas kemenangan itu.

“Itu hanya momen spontan, bukan tanda tidak hormat kepada Bosnia atau rakyatnya,” katanya.

Itali kini dalam misi menamatkan kemarau penampilan di pentas Piala Dunia 2026 selepas gagal layak pada dua edisi lalu.

Mereka dijangka berdepan suasana tegang di Zenica apabila bertemu Bosnia Herzegovina dalam aksi penting kelayakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top