Diminta pakai baju sedondon, wanita tabah hadir majlis sanding suami & madu

Diminta pakai baju sedondon, wanita tabah hadir majlis sanding suami & madu

Wanita mana yang sanggup untuk dimadukan. Perkara tersebut memang sakit untuk ditelan, namun masih ada yang reda andai suami mereka bernikah lain kerana menganggap apa yang berlaku itu satu ketentuan.

Perkara ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok yang memakai nama akaun  @fiena_nasir apabila berkongsi momen hiba hadir ke majlis perkahwinan suami sendiri dengan wanita lain.

Video yang dikongsikan wanita itu telah ditonton lebih daripada 1 juta viewers kurang dari satu hari selepas di muat naik.

Dalam kapsyen yang disertakan, dia memaklumkan yang suami memintanya memakai baju sama warna dan hadir di majlis tersebut.

 

@fiena_nasir

Doakan semoga diberikan kekuatan…😊

♬ Aku Tahu – UNGU

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak pun bersanding kerana mahu menjaga hati isteri pertama. Dia juga dilihat merangkul @fiena_nasir menuju ke pentas persandingan bagi menenangkan wanita itu.

Ditanya tentang perasaan, @fiena_nasir akui perasaannya sedikit bercampur baur kerana masih tidak sangka akan dimadukan.

 

@fiena_nasir

Bukan prank. tak de masa Nak prank2..

♬ CINTA BAWA DUKA WILFEXBOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Menjengah keruangan komen, wanita berkenaan menyatakan yang dia reda dengan ketentuan dan sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat.

Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya dia terus kuat menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meminta wanita itu terus bersabar dengan apa yang telah berlaku.

Ada juga yang mempersoalkan secara umum mengapa masih ada wanita yang sanggup merebut kasih suami orang dari isterinya walaupun sedar jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.

 

Sumber: TikTok @fiena_nasir