Dipuji beradab & ‘gentleman’, pemuda sungguh2 minta izin ke atuk nikahi cucu

Untuk memulakan sesuatu perhubungan sudah tentu pelbagai fasa harus dilewati. Hal ini biasanya menjadi salah satu perkara amat penting jika mana-mana pasangan ingin melanjutkan sesuatu hubungan ke tahap yang lebih serius.

Namun, sebelum melanjutkan ke fasa perkahwinan, mana-mana pasangan haruslah mendapat restu daripada ahli keluarga agar rumah tangga yang akan dibina mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nana_amalyena, dia telah memuat naik satu momen yang sangat berharga ketika majlis pertunangannya apabila bakal suami telah mencium tangan dan meminta izin terus kepada datuknya untuk menjadikan pengguna TikTok berkenaan sebagai isteri.

@nana_amalyena

My man introducing himself and asking permission to marry me from my atuk 🥺

♬ original sound – Caitlin Fladager

Dapat dilihat lelaki itu mencium tangan, dan berbual sebentar dengan memperkenalkan diri kepada datuk @nana_amalyena.

Majlis pertunangan yang dilakukan secara ringkas itu hanya dihadiri ahli keluarga rapat dan telah diadakan pada 13 November 2021 yang lalu.

@nana_amalyena

Engagement Day Ashraf & Amalyena 💍💕 #13Nov2021 Alhamdulillah dan semoga dipermudahkan segala urusan seterusnya ❤️

♬ original sound – zalikhaaaa_ – zalikhaaaa_

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terharu  dan memuji adab yang ditunjukkan pemuda berkenaan dalam menyunting bakal isterinya.

Adab itu juga dilihat semakin sering dilupakan pada masa kini sedangkan saling menghormati dan meminta restu adalah salah satu kunci dalam hubungan kekeluargaan.

Sumber: TikTok @nana_amalyena