Pelakon jelita, Syatilla Melvin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa bersama keluarga pulang ke kampung halaman di Parit Buntar, Perak dengan menaiki kereta api.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Syatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga memilih pengangkutan awam untuk perjalanan pulang berhari raya.
“Balik kampung! 1st time eh experience balik raya naik train. Parit Buntar aku datang!” tulisnya.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian, malah ramai yang teruja melihat sisi merendah diri isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu yang dilihat tidak kekok menggunakan pengangkutan awam seperti orang biasa.
Namun, di sebalik keterujaan tersebut, Syatilla turut berkongsi satu insiden kurang menyenangkan apabila ‘card holder’ milik anaknya dipercayai tercicir di stesen Sungai Buloh.
“Anak aku punya tu, ada duit raya dia terselit,” katanya sambil berharap orang ramai dapat membantu sekiranya terjumpa barangan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap merendah diri Syatilla dan keluarga.





