Dirog*l Abang Ipar Sebanyak 4 Kali Lepas Balik Sekolah, Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan | Oh! Media

Dirog*l Abang Ipar Sebanyak 4 Kali Lepas Balik Sekolah, Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan | Oh! Media

Seorang lelaki yang berasal dari Kecamatan Larangan, Jawa Timur Indonesia telah ditahan polis selepas didakwa merogol adik iparnya sendiri.

Menerusi laporan Media Jatim, adik ipar suspek yang masih berumur 14 tahun itu dikatakan mengalami masalah gangguan mental.

Bukan hanya sekali, malah suspek telah merogol remaja itu sebanyak empat kali sehingga mangsa hamil. Difahamkan, suspek telah melakukan perkara itu sejak tahun 2023 hingga 2024.

Kejadian ini berlaku selepas suspek menjemput mangsa pulang dari sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Pamekasan, Kompol Andy Pornomo, suspek telah membawa mangsa ke kawasan yang gelap yang dipenuhi semak samun sebelum bertindak melakukan perbuatan kejinya itu.

Selepas merogol mangsa, suspek memberikan ‘upah’ sebanyak Rp20,000 iaitu RM5 duit Malaysia kepada mangsa supaya mangsa ‘menutup mulut’.

Aksi tersebut telah dilakukan sebanyak empat kali sehingga mangsa kini hamil 8 bulan.

Suspek berjaya ditahan dan akan dijatuhkan hukuman 5 hingga 15 tahun penjara beserta denda lebih kurang sebanyak RM136,500 duit Malaysia.


Scroll to Top