Pempengaruh popular yang juga isteri kepada pelakon dan pengacara, Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal mengambil peluang menitipkan kata-kata penghargaan buat suaminya itu.
Kata Dahlia atau nama penuhnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, suaminya itu tidak pernah meminta untuk berehat melainkan berusaha mencari peluang menambahkan rezeki dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Di sebalik senyuman you, i tahu ada lelah yang disembunyikan. Terima kasih kerana terus kuat walau penat sayang @iJeebster,” tulsinya.
Perkara itu dikongsi Dahlia menerusi hantaran di Platform TikTok miliknya berserta sepotong video pendek memperlihatkan suaminya itu sedang menggendong anaknya, Yusra.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pasangan ini sentiasa dipelihara dan dipermudahkan urusan.