Disertai lebih 100 vendor

Disertai lebih 100 vendor

suliati@hmetro.com.my

Beli awal, tak kalut! Walaupun baru beberapa hari menyambut Ramadan, ramai yang sudah mula membuat persiapan Aidilfitri.

Bagi yang mahu membuat persediaan lebih awal, Kempen Promosi Hari Raya 2025 B5 Johor Street Market menjanjikan pelbagai barangan keperluan dengan harga berpatutan dan pilihan menarik.

Berlangsung selama 45 hari bermula dari 15 Februari hingga 30 Mac, dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari, kempen promosi Raya 2025 kali ini memilih tema Cheritera Raya Aidilfitri @ B5.

Tema ini terinspirasi daripada elemen filem, drama, muzikal, dan tarian dari era 50-an hingga terkini yang dijangka dapat mengimbau nostalgia lama berhari raya.

Elemen ini juga amat sinonim dengan sambutan hari raya kerana ia sering menjadi hiburan di kaca televisyen sepanjang hari raya.

Malah, bait dialognya juga sentiasa malar segar dan sering dijadikan bualan serta senda gurauan.

Menjadi lokasi pilihan warga setempat dan juga pengunjung dari Singapura, membeli-belah di sini pastinya tidak akan mengecewakan.

Mana tidaknya, tahun ini lebih 100 vendor Bazar Cheritera Raya Aidilfitri @ B5 mengambil bahagian dengan menjual pelbagai pilihan fesyen pakaian Hari Raya lelaki dan wanita serta aksesori daripada pelbagai jenama tempatan terkenal.

Bundle Street @ B5 turut menjadi salah satu tarikan sepanjang Kempen Cheritera Raya Aidilfitri @ B5 ini, khususnya buat pengunjung serta peminat fesyen pakaian guna semula.

Walaupun barangan yang dijual adalah pakaian terpakai, fesyen ini semakin menjadi pilihan untuk digayakan semasa sambutan hari raya.

Tidak ketinggalan, Bazar Ramadan di B5 Johor Street Market yang dikenali sebagai Bazar Iftar To Moreh.

Beroperasi dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam setiap sepanjang bulan Ramadan, bazar ini menyajikan pelbagai menu menarik yang dapat menggamit selera ramai.

Selain membeli-belah, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai program pengisian aktiviti Cheritera Raya Aidilfitri @ B5 yang menarik.

Antaranya Meet & Greet dan persembahan Selebriti, Raya Fashion Show, Kids open talent show, pertandingan menganyam ketupat, Pertandingan Nyanyian Raya, persembahan busker dan banyak lagi.

Kemudahan lain seperti pasar raya, medan selera, tandas, surau, kaunter zakat dan hentian ‘e-hailing’ turut di sediakan untuk keselesaan pengunjung.

Tidak hanya menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, Cheritera Raya Aidilfitri @ B5 juga menawarkan ganjaran menarik kepada semua pelanggan.

Mahu menangi duit raya? Hadiah Duit Raya Tunai berjumlah RM25,000 menanti untuk dimenangi menerusi Cabutan Bonanza ‘Siapa Yang Kena!!!’

Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang menebus sampul duit raya eksklusif Cheritera Raya Aidilfitri @ B5 dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM150, tertakluk terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Jangan lepaskan peluang hebat ini dan berkunjunglah ke B5 Johor Street Market.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.facebook.com/B5JohorStreetMarket.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top