Berita baik buat pengguna lebuh raya! Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina, yang akan dilaksanakan selama dua hari.
Menurut laporan Kosmo, diskaun ini bermula pukul 12.01 tengah malam, 14 Februari dan berakhir 11.59 malam keesokan harinya.
Pelaksaan diskaun tol libatkan RM19.5 Juta

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pelaksanaan diskaun tol ini melibatkan implikasi kewangan kerajaan yang dianggarkan RM19.5 juta, bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat.
Menurut beliau, langkah ini selari dengan agenda Kerajaan Madani dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum serta agama.
Alexander menjelaskan, inisiatif ini terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.
Ia tidak termasuk plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), PLUS dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Linkedua.
Pemilihan tarikh tersebut bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan selain mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan.
Ringankan kos balik kampung dan percutian

Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga, atau bercuti serta membuat persiapan awal menyambut Ramadan.
Dalam masa sama, pengguna lebuh raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pssttt! Manfaatkan diskaun tol sebaiknya, rancang perjalanan lebih awal dan utamakan keselamatan agar perjalanan balik kampung atau bercuti lebih lancar dan tenang.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



