Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Pelakon dan penyanyi, Amira Othman dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan pada Isnin.

Memetik laporan Harian Metro, pengurusnya yang dikenali sebagai Que menerusi hantaran pesanan Whatsapp memaklumkan, aktres itu kini berada dalam keadaan stabil.

“Amira mengalami keracunan makanan pada pagi semalam.

“Dia juga dimasukkan ke hospital dan keadaan dia sudah semakin baik dan stabil,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, perkongsian pelakon popular, Fattah Amin menerusi hantaran di Instagram miliknya mencuri perhatian ramai apabila aktor itu menitipkan ucapan semoga cepat sembuh kepada Amira beserta lapan kuntum bunga tulip berwarna warni.

“Get well soon, teman sekerja,”tulisnya.

Manakala, adik bongsu Amira iaitu Irfan Haris juga memaklumkan, kakak nya itu dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami keracunan makanan.

“Saya pun sakit perut, doakan saya tau. Tadi saya cakap dekat kakak saya (Amira) lepastu dia kata, ‘welcome to the club, adik nak bilik mana?’.

“Tapi saya tak boleh sakit, nanti saya tak boleh merungkai. Tapi kau orang doakan kakak saya ya, Insya-Allah dia tak ada apa-apa,” katanya ketika sesi siaran langsung di TikTok pada Isnin.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top