Kes berkaitan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh barang terlarang kerap kali berlaku. Lebih-lebih lagi melihatkan pemandu kenderaan berat yang sering dipandang negatif oleh beberapa pihak disebabkan isu-isu sebelum ini.
Namun, sebagai masyarakat yang bijak, tidak seharusnya kita memukul rata tanggapan negatif dengan mengaitkan pemandu kenderaan berat dengan barang terlarang jika terjadinya kemalangan kerana boleh jadi pemandu dan kenderaan mengalami masalah lain.
Hal ini samalah seperti perkongsian video salah faham yang dimuat naik semula oleh laman Facebook Galeri Lori Bas apabila seorang wanita dengan mudah menuduh seorang lelaki pertengahan usia dalam keadaan ‘lalok’ kerana merempuh beberapa buah kenderaan di pinggir jalan.
Video yang tular itu telah mendapat respon daripada pemandu lori yang lain dengan memaklumkan tuduhan tersebut sama sekali tidak tepat kerana pakcik yang memandu treler berkenaan telah meninggal dunia disebabkan masalah jantung.
Boleh jadi ketika kejadian dia telah mengalami serangan jantung dan tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai warganet telah meninggalkan pelbagai komen berhubung video yang tular itu.
Mereka juga berasa ralat dengan tindakan wanita yang merakam kerana menuduh pemandu treler berkenaan dalam keadaan ‘lalok’ sedangkan mungkin dia sedang nazak setelah mengalami serangan jantung.
Dikesempatan itu, warganet telah mengucapkan salam takziah kepada keluarga pemandu treler yang dikenali sebagai Pakcik Shukri dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Â
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan mengenai hal tersebut dan video yang tular sejak dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai Anuar Sani.
Sumber: Facebook Galeri Lori Bas