Penyanyi, Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran yang dikunjunginya.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah, 34, memuat naik foto ketika berada di restoran kegemarannya setiap kali pulang ke Melaka.
Namun, perkongsian itu mencetuskan perdebatan apabila ada individu mendakwa restoran berkenaan tidak mempunyai sijil halal, malah menggesa orang ramai supaya memboikot Ernie.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Ku Bersuara itu tampil membalas komen berkenaan dengan menjelaskan sijil halal restoran itu sebenarnya dipamerkan dengan jelas di bahagian hadapan.
“Terpampang besar kat kedai dia sijil HALAL.. insya-Allah,” katanya.





