Dituduh mula tak tutup aurat dengan sempurna, Elyana tampil bersuara

Dituduh mula tak tutup aurat dengan sempurna, Elyana tampil bersuara

Baru-baru ini, penyanyi Elyana berkongsi keadaan dirinya yang sedang sakit, namun ada pula individu yang menuduh pelatun lagu Kalis Rindu itu sengaja mencari publisiti murahan.

Barangkali bengang dengan tuduhan tak berasas tersebut, Elyana menjawab komen tersebut dengan mengatakan dirinya merahsiakan penyakit kanser yang dihadapinya selama tahun kerana mahu mengelakkan diri daripada menerima tuduhan sedemikian.

“Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun.
“Aku buat keputusan salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen fasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulisnya dalam satu perkongsian di InstaStory.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut menegur tentang penjagaan aurat serta menasihati Elyana supaya jangan mensia-siakan peluang kedua oleh Allah SWT.

Namun, penyanyi berusia 32 tahun itu tidak berdiam diri sebaliknya menjawab ‘nasihat’ itu dengan mengatakan dirinya sudah lama sering dihina dan inilah masanya untuk mempertahankan diri sendiri.

“Mungkin dulu saya tak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak. Ketika awak sakit, keluarga dan kawan sakit, terus datang pada saya untuk bertanya tanpa rasa bersalah. Apa jenis manusiakah anda?”

Sebelum ini, Elyana ada berkongsi dia tertidur selama 15 jam kerana demam teruk dan hilang selera makan.

Sumber: Instagram @elyanaofficial1