Pelakon dan model jelita, Zahnita Wilson berkongsi satu laporan perubatan seolah-olah sebagai bukti bagi menepis dakwaan yang kini heboh di media sosial mengatakan dirinya memutar belit cerita berhubung dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson memuat naik laporan perubatan tersebut yang tertera tarikhnya mengambil rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 7 Mei 2024.
Laporan tersebut menyatakan Zahnita mengalami kecederaan bengkak pada bawah kiri kelopak mata dan lebam, selain kesan lebam pada kiri bawah telinga, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan pada bebola mata.
Dalam laporan itu juga bertulis kejadian keganasan rumah tangga tersebut terjadi selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka di kediamannya.
“Pesakit telah ditumbuk pada bahagian muka dan bahagian atas badan. Selepas kejadian, pesakit mengalami bengkak pada bahagian kiri sekitar mata dan lebam sekitar telinga. Pesakit juga mengalami kesakitan pada bahagian kiri lengan,” tulis laporan itu.

Artikel Berkaitan: Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?




