Personaliti media sosial, Ameera Khan tampil menjawab tuduhan segelintir pihak yang bertanya sekiranya dia adalah wanita ‘gold digger’ menerusi sesi soal jawab di Instagram (IG), baru-baru ini.
Adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini menegaskan dia tidak bergantung kepada mana-mana lelaki dari segi kewangan kerana mampu berdikari.
“‘Gold digger’ akan bersama lelaki semata-mata kerana duit mereka, Alhamdulillah saya ada duit sendiri.
“‘Gold digger’ perlukan lelaki untuk bayarkan segala keperluan mereka, tapi saya mampu bayar semua benda sendiri.
“‘Gold digger’ juga sanggup bertahan walaupun pasangan curang asalkan dapat duit, tapi saya akan pergi. Saya tak kisah siapa dia atau apa yang dia ada. Saya adalah ‘emas’ itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Ameera mendedahkan bapanya, Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.
Bagaimanapun, bapanya tetap bersikap baik terhadap dirinya dan berharap dia dapat membuat pilihan yang lebih baik pada masa akan datang.
Terdahulu, Ameera pernah mengakui dia mengutamakan lelaki yang bukan sahaja berkeperibadian baik, malah mempunyai kestabilan kewangan, selain mahukan lelaki yang soleh agar mampu membimbingnya menjadi insan lebih baik.




