Diugut bunuh, Willian tinggalkan Corithians

Diugut bunuh, Willian tinggalkan Corithians

RIO DE JANEIRO: Bekas pemain sayap Chelsea dan Arsenal, Willian meninggalkan kelab Brazil, Corinthians selepas mendakwa menerima ugutan bunuh dalam media sosial.

Willian membuat 45 penampilan sejak berpindah dari Arsenal musim panas tahun lalu dan hanya menyumbat satu gol.

“Willian meminta kami ­untuk menamatkan kontraknya.

“Kami sedih kerana dia tidak dapat bersama pasukan lagi. Semua yang dirancangkan tidak berjalan ­seperti dimahukan,” kata Presiden ­Corinthians, ­Duilio Monteiro Alves.

Kemuncak kepada kemelut pemain berusia 34 tahun itu timbul setelah pasukannya tewas secara agregat 0-3 kepada seteru tradisi, Flamengo pada suku akhir Copa Libertadores bulan ini.

“Apabila Corinthians tewas dan kebetulan saya beraksi, keluarga saya sering me­nerima ugutan dan sera­ngan di media sosial.

“Isteri dan anak-anak saya menjadi mangsa, terbaru mereka mengancam ba­pa dan kakak saya,” kata Willian yang kini dikaitkan dengan Fulham. – AGENSI