Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd mencuri perhatian ramai selepas berkongsi tip mudah berkaitan cara melayani wanita ketika mengalami haid.
Cara tenangkan wanita senggugut

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, DJ Kidd memuat naik foto bersama pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, yang dirakam dari sudut belakang.
Namun, kapsyen yang ditulis menjadi tumpuan netizen apabila rata-rata terhibur dengan pesanan bersahaja yang ditujukan kepada golongan lelaki supaya lebih bersabar ketika berdepan wanita yang mengalami masalah senggugut.
“Perempuan kalau period pain makan modal tau.
“Sabar ya lelaki semua, kalau sayang ikut je apa dia nak, kalau dia nak rumah baru kau beli je,” ciapan DJ Kidd, semalam.

Oleh itu, dia berpendapat bahawa wanita yang mengalami kesakitan akibat haid memerlukan perhatian dan pengorbanan yang lebih dan meminta agar pasangan untuk lebih bersabar.
Meninjau ke ruangan komen, warganet menjelaskan bahawa wanita hanya memerlukan perhatian dan bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh deejay terbabit.
Perempuan nak perhatian sahaja

Rumah baru eh

Kalau macam ni baru boleh ikut

Artikel lain: Emma Maembong masuk kelab, DJ Kidd tampil bersuara – “Biarlah dia nak support bakal suami”
Terdahulu, tular dakwaan bahawa pelakon Emma Maembong memasuki kelab malam untuk berhibur.
Difahamkan, individu yang dikaitkan rapat dengan Emma, DJ Kidd kemudiannya tampil memberi penjelasan bahawa kehadiran pelakon tersebut adalah bagi memberi sokongan kepadanya yang sedang bertugas sebagai deejay di kelab malam berkenaan.
Emma juga telah menjelaskan kehadirannya ke kelab malam tersebut adalah bagi tujuan penggambaran video muzik selain mahu melihat DJ Kidd bekerja.
Sumber: Threads djkidd_official




