DJ Sonic Wish Birthday Fazura – “Moga Dihapuskan Memori Pahit.. Wanita Ini Hebat, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tak Ada Yang Terluka”

DJ Sonic Wish Birthday Fazura – “Moga Dihapuskan Memori Pahit.. Wanita Ini Hebat, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tak Ada Yang Terluka”

Sahabat baik kepada aktres jelita, Fazura iaitu Dj Sonic tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dj Sonic berharap dan mendoakan agar segala urusan Fazura dipermudahkan dan dihadirkan dengan kegembiraan serta kesihatan yang berkekalan.

“Selamat Hari Lahir Faz. Moga Allah mudahkan setiap perjalanan Faz. Hadirkan segala kegembiraan, dikurniakan kesihatan yang baik dan disinari cahaya baru dalam perjalanan seterusnya,” ucapnya.

Tidak habis disitu, Dj Sonic sempat memuji Fazura sekaligus menyifatkan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu merupakan seorang wanita yang hebat dan kuat terutamanya dalam menghadapi kontroversi melibatkan rumah tangganya.

“Hapuskan memori pahit, kekal kuat untuk harungi segala ujian Allah. Menjadi ibu hebat untuk Nyamma dan keluarga Faz.

“Hebat wanita ini, tetap jaga aib, jaga tutur kata supaya tiada siapa yang terluka. Hakikatnya hanya dia yang tahu apa yang berlaku. Terus kuat, Ramai sayang Faz! Happy Birthday,” tulisnya.

 

Sebelum ini, Dj Sonic menerusi temu bualnya bersama media ketika Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 36 (ABPBH36) baru-baru ini berkongsi bahawa, aktres itu tidak pernah menjaja cerita mengenai rumah tangganya kepada orang lain.

“Dengan nama Allah dia tidak pernah bercerita hal rumah tangganya dengan saya.

“Mengenali Fazura, dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memuji suaminya itu seorang bapa yang baik,” jelasnya.

 

Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut dengan berita yang tular sekaligus menegaskan bahawa tidak wujud mana-mana wanita dalam hatinya melainkan isterinya sahaja.

Dan, pada Rabu lalu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula kes pada 7 Oktober depan.

Untuk info, Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Scroll to Top