DMA Islam Gelar Suami Bantu Kerja Rumah Sebagai ‘Loser’, PU Syed Bagi Teguran

DMA Islam Gelar Suami Bantu Kerja Rumah Sebagai ‘Loser’, PU Syed Bagi Teguran

Trending

PU Syed memberi contoh Nabi Muhammad SAW yang turut bantu isteri di rumah.


Influencer DMA Islam sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menganggap lelaki yang membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai tidak ‘jantan’ dan dikaitkan dengan gelaran menghina.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai, termasuk pendakwah terkenal PU Syed yang tampil memberi teguran terbuka.

“Nabi SAW pun bantu isteri di rumah”

Menurut PU Syed, pandangan DMA Islam itu tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah Nabi Muhammad SAW sendiri.

PU Syed menjelaskan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah membantu isteri-isteri baginda di rumah dan itu langsung tidak menjejaskan kedudukan baginda sebagai seorang khalifah.

Tambahnya lagi, para sahabat Rasulullah termasuk Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar juga pernah melakukan perkara sama dan ia tidak menurunkan martabat seorang lelaki, sebaliknya menunjukkan kecaknaan serta kasih sayang terhadap pasangan.

Ambe pelik bila ada seorang pemuda yang tak nikah lagi sembang kencang.

Netizen sokong teguran PU Syed

Pu Syed

Ramai netizen turut menyokong teguran PU Syed yang menyifatkan kenyataan DMA Islam sebagai keterlaluan dan mengelirukan.

Ada yang menganggap membantu isteri di rumah adalah bukti cinta serta tanggungjawab, bukannya tanda kelemahan seorang lelaki.

Pssttt! Jelas di sini bahawa pandangan yang melabel lelaki ‘tidak jantan’ kerana membantu isteri adalah sesuatu yang tidak berasas. Membantu pasangan sebenarnya mencerminkan kasih sayang, bukan kelemahan.

Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top