“DNA Tidak Musnah Biarpun Lama Dikebumi” – Pakar Forensik Jelaskan Proses Bedah Siasat

“DNA Tidak Musnah Biarpun Lama Dikebumi” – Pakar Forensik Jelaskan Proses Bedah Siasat

Bedah siasat bukan sekadar memeriksa mayat, tapi proses penting untuk mencari jawapan di sebalik kematian seseorang.

Memetik laporan Berita Harian, pakar forensik menegaskan, setiap inci tubuh si mati diperiksa untuk mengesan tanda kecederaan, penyakit atau bukti yang boleh membantu siasatan.

BACA: Ibu Zara Qairina Nekad Gali Semula Kubur Anak Demi Jawapan

Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan berkata pemeriksaan luaran seperti pada pakaian juga direkodkan bagi tujuan perundangan.

Katanya, walaupun hanya 50 peratus DNA pelaku ditemui pada mayat, ia sudah cukup untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

DNA tidak musnah walau mayat lama dikebumikan

Dna

Beliau mendedahkan, melalui prosedur ini, unsur bukan semula jadi yang mungkin mendorong kematian mangsa mampu dikesan kerana DNA tidak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan.

Katanya, ketika bedah siasat ke atas mayat Altantuya Shaariibuu hampir 20 tahun lalu, punca kematian dapat dikenal pasti hanya melalui cebisan tulang di lokasi kejadian.

Pasukan forensik tak semestinya perlu mendapatkan 100 peratus DNA pelaku, sebaliknya mencukupi jika hanya 50 peratus atau apa-apa jumlah memadai ditemui pada mangsa.

Tambahnya, jika punca kematian jelas selepas pemeriksaan luaran, pembedahan penuh tidak perlu dilakukan.

Namun, jika masih kabur, pemeriksaan dalaman seperti membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan anggota badan lain akan dijalankan.

Proses ini turut melibatkan pengambilan cecair badan untuk analisis toksikologi, pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kaji tisu dan fotografi forensik.

Sisa tisu dan rambut juga jadi bukti

Zara

Pakar forensik DNA dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Zafarina Zainuddin pula berkata sisa tisu manusia boleh digunakan untuk mengenal pasti punca kematian jika jasad sudah reput.

Mengulas kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir, beliau berkata identiti mangsa sudah dikenalpasti, jadi saringan DNA hanya dibuat jika ada unsur DNA pihak ketiga pada jasad.

Mungkin agak sukar untuk kenal pasti sama ada DNA pihak ketiga pada jasad Zara Qairina dipindahkan secara paksa atau sebaliknya, jika kematian berlaku akibat pergelutan dengan rakan seasrama.

Beliau menambah, pemeriksaan ke atas rambut boleh menentukan sama ada terdapat dadah atau bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh mangsa.

Malah, kesan patah pada tulang dapat menunjukkan sama ada mangsa jatuh dari tempat tinggi dan cara ia berlaku.

Pemeriksaan spesimen tanah kubur juga boleh dijalankan bagi tujuan yang sama.

Pssttt! Proses bedah siasat bukan sekadar formaliti, tapi kunci utama mencari keadilan untuk mangsa. Setiap bukti kecil mungkin menjadi pengubah jalan cerita di mahkamah.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top