Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu berbangga dengan setiap pencapaian yang diraih dalam kehidupan, sebaliknya menyedari bahawa kejayaan tersebut mungkin hadir hasil daripada doa seorang ibu.
Jangan bangga dengan kejayaan diri

Menerusi perkongsian di Threads, ramai yang sering melihat kejayaan sebagai hasil usaha semata-mata tanpa menyedari adanya peranan besar doa ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak.
“Jangan bangga dengan apa yang kita capai hari ini. Boleh jadi ia datang daripada berkat doa ibu yang kita tak nampak,” katanya dalam satu perkongsian,” ciapannya, semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa doa seorang ibu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan tiada tandingan, malah sering menjadi asbab kepada kejayaan, keselamatan serta keberkatan dalam kehidupan seseorang.
Tambahnya lagi, selagi ibu masih ada, setiap individu perlu menghargai kehadiran mereka dan tidak mengambil ringan pengorbanan yang telah dicurahkan.

“Doa ibu ini tiada tandingan. Selagi mereka masih ada, hargailah. Kerana bila mereka tiada, hilanglah satu doa yang paling mustajab buat kita,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut menjadi peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya berbakti kepada ibu bapa, khususnya ibu, yang bukan sahaja berperanan membesarkan anak-anak, malah menjadi sumber doa yang tidak pernah putus.
Artikel lain: Mampu bayar hutang tapi sengaja tangguh satu kezaliman, roh tergantung – Ustaz Wadi Annuar
Terdahulu, Ustaz Wadi menegur trend joget raya yang pernah tular di media sosial kerana disifatkan kurang sesuai dengan nilai adab dan budaya masyarakat.
Tambahnya lagi, dia bersyukur apabila fenomena tersebut dilihat semakin berkurangan serta tidak lagi mendapat sambutan seperti sebelum ini.
Sumber: Threads ustazwadiannuar




