Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mencuri perhatian ramai apabila tampil memberikan kata-kata semangat serta panduan buat golongan ibu tunggal yang sedang berjuang mendapatkan nafkah serta hak anak-anak daripada bekas suami.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 36, dilihat membalas ciapan seorang wanita yang turut berkongsi pengalaman serta tips berkaitan isu tersebut.
Diana menasihati agar golongan wanita tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah setiap kali berdepan kesukaran, khususnya apabila bekas suami culas dalam memberi nafkah.
“Setiap bulan dia culas atau tak bayar, setiap bulan itulah angkat tangan doa supaya Allah buka rezeki dan peluang seluas-luasnya untuk awak dan anak-anak.
“Jadikan anak-anak berjaya dalam pelajaran dan kerja. Permudahkan urusan perjuangan awak dalam setiap perkara dan buka jalan-jalan yang berliku supaya awak jadi orang yang berjaya dunia akhirat.
“Doa orang yang dizalimi tidak ada hijabnya, jadi daripada doa yang buruk-buruk, ubahkan ia jadi satu peluang untuk awak dan anak-anak. Amin,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Berat Badan Naik Hingga Didakwa Depresi & Tak Relevan, Diana Danielle Tegas Tolak Jalan Pintas – “Ada Doktor Tawar Bariatrik, Ozempic”
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Lepaskan Anak Lelaki Sertai Bidang Lakonan – “Saya Mahu Simpan Dia Selamanya…”




