Selepas meraih gelaran Ibu Ikon, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur terhadap penganugerahan yang diberikan kepadanya sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Katanya, apa yang dilalui sepanjang bergelar ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Bahkan, menganggap ‘kesusahan’ yang diberikan itu adalah ujian bagi mereka yang terpilih sahaja.
“Tidak mudah. Walaupun ada diantara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama.
“Tapi percayalah, disetiap semua itu bukanlah ‘kesusahan’. Tapi itulah ujian untuk mereka yang terpilih. Dan percayalah, disebalik ujian itu ada hadiah yang manis yang Allah SWT akan berikan iaitu, Anak. Jaga lah, sayangilah dan didik lah mereka kerana Allah SWT,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa doa mereka bagaikan termakbul apabila aktres itu berjaya dianugerahkan sebagai ibu ikon 2024/2025.
Malah, ramai yang memberikan respons terhadap kemenangan yang diraihnya.



