Pelakon Yusuf Bahrin berkata dia sudah lali dengan pertanyaan berkenaan keadaan rumah tangganya dengan penyanyi Zizi Kirana.
Memetik Harian Metro, Yusuf menjawab spekulasi mengenai rumah tangganya bergolak serta menjelaskan hubungan mereka baik-baik sahaja.
BACA: Lakon Babak Sentuh Wanita, Yusuf Bahrin Buat Atas Dasar Kerja
“Tak ada apa saya nak terangkan. Saya faham kenapa spekulasi itu, mungkin orang nampak apa kami post. Tapi takkan kita nak kena ikut apa orang nak untuk kepuasan orang lain. Kita ada kita punya cara kan.
“Kami pun tak ada sebab tak kongsi gambar. Memang saja, saja untuk tak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ni. Semua masing-masing fokus dekat kerja. Kami selesa begitu.
“Bila tak ada gambar, biasalah kena fitnah macam-macam pula. Kami okay saja. Dah lali, dah imun. Dah lama kan, benda itu jadi macam dah terbiasalah,” katanya.
Sementara itu, Yusuf berkata dia dan Zizi lebih selesa tidak terlalu berkongsi mengenai kisah rumah tangga di media sosial serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Spekulasi siapa-siapa pun boleh buat kan. Kami abaikan saja. Kami lebih selesa tak berkongsi. Sebelum ini adalah risau pasal penyakit ain, tapi sekarang saya rasa insya-Allah tak ada apa-apa.
“Saya bersangka baik, saya rasa mereka mengambil berat dekat orang yang mereka minat, jadi mereka nak yang terbaik. Perkara itu baguslah. Kita memang perlukan doa daripada orang ramai juga, jadi mintalah mereka doa yang baik-baik,” katanya.
Sumber: Harian Metro




