Pelakon Abby Abadi menitipkan doa agar anaknya Marissa Dania Hakim diberikan kekuatan untuk keluar dari hubungan yang didakwa toksik.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby turut meminta netizen turut mendoakan sama agar anaknya diselamatkan dari hubungan tersebut.
BACA: “Bukan VVIP Pun Tak Mengapa, Yang Penting Bukan Suami Orang” – Abby

Dalam hantaran berkenaan, Abby turut berkongsikan petikan sekiranya Allah mengizinkan seseorang untuk berdoa tentang sesuatu perkara, itu bermakna Allah juga mengizinkannya untuk mendapatkannya.
Sebelum ini, Abby ada memuat naik komen-komen netizen yang meluahkan rasa simpati serta mencadangkan Marissa untuk undur diri dan mencari kebahagiaan hak milknya seorang.
Sementara itu, Abby dilihat membalas komen netizen mengatakan tidak perlu orang kenamaan untuk dijadikan sebagai suami yang penting bukan berstatus suami orang.