Pelakon terkenal, Mimi Lana meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar dan berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan impian tersebut menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozana Zainal Abidin, 29, berkata dia percaya doa ramai mampu mempermudah hajat seseorang.
“Boleh tak nak minta semua orang doakan saya dapat anak kembar. Orang cakap kalau ramai-ramai doakan senang termakbul,” tulisnya.

Perkongsian itu mencuri perhatian peminat yang rata-rata menitipkan ucapan doa dan kata-kata positif, selain tidak sabar menantikan akres drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu menimang cahaya mata.

Mimi yang mendirikan rumah tangga dengan aktor Syafiq Kyle pada 18 Ogos tahun lalu kini menikmati fasa bahagia alam perkahwinan mereka.




