Pelakon Kilafairy memberitahu dia masih bertudung meskipun baru-baru ini dalam satu hantarannya memberitahu pernah terlintas di hati untuk membuka hijab.
Memetik mStar Online, Kila berkata dia terharu dengan sokongan diberikan serta kata-kata semangat daripada peminat sekaligus memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bertudung.
BACA: “Hujung-Hujung Dah Iman Kila Ni” – Kilafairy Terfikir Buka Tudung
“Sekarang saya baru sedar betapa susahnya nak istiqamah. Sebelum ini saya selalu baca artikel tentang selebriti yang berjuang untuk kekal dengan imej bertudung.
“InsyaAllah doakan saya terus kuat dengan imej ini. Saya terharu bila melihat maklum balas peminat dan netizen yang mendoakan saya. Sedikit sebanyak menguatkan semangat saya kembali,” katanya.
Sementara itu, Kila berkata pemergian ibu tercinta, Allahyarham Rohana Jalil memberi kesan kepada hidupnya apatah lagi arwah individu yang akan menasihati dirinya.
“Kehilangan mama memang beri kesan kerana selama ini dialah insan yang akan mengingatkan dan menasihati saya.
“Namun saya masih ada ayah, kakak dan adik beradik mama. Mereka adalah sumber kekuatan saya dan kehilangan mama bukanlah penyebab tercetusnya rasa nak buka tudung,” katanya.
Sumber: mStar Online