Vokalis paling memukau dari Korea Selatan, Doh Kyung Soo atau DO yang juga vokalis utama kumpulan K-pop terkenal EXO, bakal kembali menemui peminat tempatan menerusi Konsert Siri Jelajah Asia nya.
Konsert Doh Kyung So, DO it! In Malaysia ini akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 Ogos 2025.
Selepas kejayaan luar biasa pada konsert 2024, DO sekali lagi tampil memikat hati peminat dengan vokal mempesona dan personalitinya yang bersahaja.
Bukan itu sahaja, kali ini anak muda berusia 32 tahun itu juga kembali dengan pengalaman yang lebih besar dan matang apabila tampil dengan konsert penuh yang bakal menampilkan rangkaian lagu dan persembahan eksklusif yang menggambarkan evolusi seni DO sebagai penyanyi solo.
Bertemakan ‘DO it!’, konsert ini melambangkan kematangan dan perjalanan seni DO yang mendalam serta penuh emosi sesuai dengan penghayatan vokal luar biasa dan persembahan pentas nya yang memukau.
Dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan HS Entertainment, konsert solo pertama Doh Kyung Soo edisi Malaysia ini bakal memukau para peminatnya dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Untuk makluman, tiket akan mula dijual pada 9 Jun 2025, pada jam 12 tengahari di laman BookMyShow https://my.bookmyshow.com/e/DOIT25KL
Kategori Tiket:
- Cat 1: RM988
- Cat 2: RM888
- Cat 3: RM688
- Cat 4: RM488
Faedah Eksklusif Untuk Pemegang Tiket:
- Pemegang tiket Cat 1 & Cat 2
Akan menerimapouch edisi terhad yang direka khas untuk konsert di Malaysia. - Semua pemegang tiket
Akan menerima satu set photo cards eksklusif. - 600 peminat bertuah
Akan dipilih secara rawak untuk menerima DO it! Premium Pass & Lanyard, serta akses ke photo booth khas di lokasi konsert.
***(Pemenang akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebelum tarikh konsert.)
Konsert solo siri jelajah asia DO it! In Malaysia ini turut direalisasikan dengan sokongan daripada rakan-rakan strategik seperti, CompanySoosoo (Agensi), Altus Prohouse (Pasukan Pemasara Tempatan), Hot FM, Fly FM, Eight FM, SAYS, Xtra, ViralCham (Rakan Media Rasmi).
Tidak ketinggalan, hangatkan konsert DO it! In Malaysia ini dengan hashtag, #DO #DOit2025 #도경수 #DOHKYUNGSOO #ASIACONCERT_DOit #CompanySoosoo #EXO #KyungSooLive #KpopConcertKL #DOitMalaysia #DOitTour2025,