Doktor Buat Tuduhan Melulu Tentang Kematian Zara Qairina

Doktor Buat Tuduhan Melulu Tentang Kematian Zara Qairina

Oh! Tidak

Keluarga Zara Qairina bakal saman doktor didakwa buat kenyataan melulu di Facebook.


Kalau korang fikir semua benda boleh bebas tulis dekat media sosial, kes ini patut buat korang fikir dua kali.

Satu status di Facebook bukan saja buat keluarga hancur hati, tapi juga mungkin membawa penulisnya ke muka pengadilan.

Baru-baru ini, seorang doktor didakwa memuat naik status di Facebook yang berbunyi seolah-olah arwah Zara Qairina ā€œmemang terjun sendiriā€ dari bangunan sekolah.

Status doktor cetus kemarahan….

Perkongsian ini bukan saja pantas tular, tapi juga mencetuskan pelbagai spekulasi yang menimbulkan kemarahan ramai, termasuk keluarga arwah.

Bagi keluarga Zara, tuduhan itu bukan sahaja tak berasas, malah dianggap tak sensitif langsung. Mereka menegaskan kenyataan tanpa bukti sahih boleh mencemarkan nama baik arwah dan menambah luka di hati mereka yang sedang bersedih.

Atas sebab itu, keluarga ini kini sedang mendapatkan khidmat peguam untuk ambil tindakan saman terhadap individu terbabit.

Polis pernah beri amaran…

Sebelum ini, pihak berkuasa sendiri sudah mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat atau menyebarkan kenyataan palsu berkaitan kes kematian pelajar sekolah agama tersebut. Maklumat yang tak sahih bukan saja mengganggu siasatan, tapi juga menjejaskan maruah keluarga mangsa.

Dalam undang-undang Malaysia, perbuatan sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau undang-undang lain yang berkaitan. Pendek kata, kalau kenyataan itu berunsur fitnah, penulisnya boleh dikenakan tindakan tegas.

Pssttt! Kadang-kadang, niat kita mungkin sekadar nak kongsi pandangan. Tapi kalau melibatkan nyawa, maruah, dan emosi keluarga, lebih baik simpan saja. Ingat, mulut boleh celaka, jari pun sama. Fikir sebelum tulis, supaya tak menyesal kemudian.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top