Trending
Doktor mohon maaf pada isteri selepas kantoi curang, minta netizen hormati privasi keluarga.
Sebelum ini, tular di media sosial pendedahan seorang lelaki mengenai isterinya yang kantoi curang dengan doktor berstatus suami orang.
BACA: “Dia Dibelai Suami Orang..” – Isteri Jadi ‘Office Wife’, Sanggup Gadai Maruah Demi Duit
Isu menyebabkan doktor itu dikritik netizen sehingga ada netizen mendedahkan video lain yang mengejutkan.
Terbaru, doktor dari Kelantan itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isterinya melalui sebuah video di Facebook.
Isteri pilih untuk maafkan demi rumah tangga

Dia mengakui bahawa isterinya telah banyak menderita akibat kontroversi tersebut. Dedahnya lagi, sejak dua hingga tiga bulan lalu keluarganya sudah menerima pelbagai foto dan video berkaitan skandal itu.
Menurutnya, ketika itu dia memilih untuk berlaku jujur kepada isterinya dan memohon keampunan.
Kami mencapai satu persefahaman dan dia memutuskan untuk menerima saya kembali dalam keluarga supaya kami boleh terus berusaha memperbaiki rumah tangga bersama. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih dan maaf kepada dia kerana memberi peluang kedua.
Doktor itu turut menambah bahawa kes kini telah memasuki proses undang-undang dan meminta orang ramai memberi ruang kepada keluarganya.
Di akhir video tersebut, isterinya juga sempat tampil membuat kenyataan ringkas dengan meminta orang ramai agar tidak melibatkan anak-anak dan ahli keluarga mereka dalam kontroversi berkenaan.
Pssttt! Sebaiknya, kita sebagai orang luar menghormati privasi mereka agar keluarga ini dapat terus membina semula kehidupan tanpa tekanan tambahan.
Kredit: WeirdKaya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.