Doktor Kongsi Pengalaman Urus Tragedi Nahas Bas UPSI | Trending – Oh! Media

Doktor Kongsi Pengalaman Urus Tragedi Nahas Bas UPSI | Trending – Oh! Media

Trending

Doktor dan petugas di Gerik Medical Centre bersiap sedia seawal tiga pagi menyelamatkan mangsa tragedi bas UPSI.


Tular di media sosial satu perkongsian daripada doktor, Dr. Muhammad Adam B. Muskhan dari Gerik Medical Centre yang bertungkus lumus menguruskan mangsa tragedi bas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

BACA: “Saya Dah Cuba Segalanya!” – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI

Beliau berkata, pada hari kejadian petugas barisan hadapan bersedia menggalas amanah besar seawal tiga pagi.

Petugas barisan hadapan bertungkus lumus dari 3 pagi

Beliau juga meluahkan rasa bangga dan syukur atas semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh staf hospital dan agensi terlibat.

Katanya, walaupun kejadian itu pahit dan tragis, namun ia turut menyaksikan keikhlasan dan kerjasama penuh semangat daripada semua pihak.

Seawal jam 3 pagi, sudah terpacak bersedia menerima arahan dan kes. Berjuang melawan nikmatnya tidur walau bukan dalam waktu kerja. Inilah wira-wira yang tak didendang. Sering disalah erti, namun apabila tiba saatnya kitalah yang berdiri di barisan hadapan, menyumbang bakti tanpa banyak bicara.

Petugas kesihatan dan agensi lain beri komitmen luar biasa

Upsi

Dr. Adam menyifatkan para petugas sebagai ‘hero’ sebenar yang menyumbang bakti tanpa banyak bicara.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi termasuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan pihak lain yang turut serta berganding bahu menangani krisis ini.

Tanpa kalian, perjalanan pagi tadi pastinya terasa jauh lebih panjang dan sukar. Hari ini kita buktikan bila kita bersama, kita boleh atasi cabaran.

Beliau juga tidak lupa menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan menghadapi ujian besar ini.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top